Home » , , » 10 tips untuk mudah bersalin

10 tips untuk mudah bersalin

1) Amalkan bacaan ayat-ayat Al Quran , selawat dan zikir.
Selepas solat, amalkan baca doa-doa berkaitan pregnancy, bersalin dan nak dapatkan anak soleh cam surah Al A’raaf (128), surah At Taubah, surah Yunus (31), surah Yusuf (68), surah Al Hijr (97-99), surah An Nahl (78), surah As Sajdah (7-9), surah Maryam dan surah Yaasin. Selain itu, amalkan baca Al fatihah, 3 qul, Ayat Kursi dan selawat syifa’ sebelum tidur dan sapu ke perut dari atas ke bawah.


2)Minum air kelapa muda.
Selain memudahkan proses bersalin, ia membersihkan kepala bayi yang keluar dari pintu rahim. Kulit pun cantik dan rambut sihat.

3)Banyakkan ‘aktiviti’ bersama suami.
pilih posisi yg sesuai bila bersama..Klo rasa malas & xbernafsu..ingatlah ini hnya utk memudahkan anda bersalin

4)Meminta maaf sekerap mungkin terutama kepada suami & ibu bapa

5)Makan kurma 3 atau 7 biji sehari

6)Tidur yang Mencukupi

7) Jangan Tahan Kencing
Sikap sebegini sebenarnya memanjangkan lagi tempoh masa proses pelahiran. Jika pundi kencing terasa penuh, jangan segan silu meminta bantuan suami atau jururawat untuk menemankan anda ke bilik air. Jadi sebarang kemungkinan yang tidak diingini dapat dielakkan malah anda akan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa untuk menempuhi saat bersalin.

8)Bertenang Dan Jangan Kerap Tertekan

9)Kerap Berjalan-jalan
Sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan ini membantu bayi masuk ke salur peranakan dengan betul. Oleh itu, anda disarankan untuk tidak hanya berbaring di atas katil tetapi berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi turun dan mempercepatkan proses pelahiran.

10) Tarik Nafas Panjang
Bunyinya kedengaran ringkas namum sering tidak diperdulikan. Pengabaian amalan menarik nafas panjang boleh melambatkan proses pelahiran. Ini terjadi kerana tanpa melakukan rutin bernafas sedalam-dalamnya, anda menjadi kurang tenang.

--> Tapi ingat ni hanyalah ikhtiar dan keberkesanannya atas izin Allah swt sahaja. Setiap kelahiran tu berbeza sakitnya dan hanya Allah yang menentukannya.

View the original article here