Home » , , » 10 Sebab mesti memberi bayi anda susu ibu

10 Sebab mesti memberi bayi anda susu ibu

JIKA dilihat 10 tahun lalu, tidak ramai ibu-ibu yang mahu menyusukan bayi mereka dengan alasan yang tertentu. Antara alasan yang popular ialah takut gemuk dan khuatir bentuk payudara ‘jatuh’. Menyusukan bayi di tempat-tempat awam juga jarang sekali dilakukan para ibu dek khuatir dan malu sekiranya ada mata-mata nakal mencuri pandang saat baju diselak untuk tujuan itu.

Kini, senarionya ternyata berbeza sama sekali. Ramai ibu-ibu yang mula sedar betapa pentingnya memberikan susu badan kepada bayi. Soal malu ditolak tepi.

Jika dulu, ibu yang baru melahirkan bayi hanya memberikan susu badan dalam tempoh berpantang dan berhenti apabila mula bekerja, kini, pemberian susu badan diteruskan kerana mereka mengepam susu di pejabat bagi memastikan stok susu mencukupi.

“Susu ibu sangat baik untuk bayi dan ia juga memberikan faedah buat ibu serta keluarga. Susu ibu merupakan makanan terbaik dan terunggul dicipta khas untuk bayi.
1. Ia mudah dan cepat (tidak perlu botol, sukat dan kocak)

2. Ia melindungi bayi anda dari penyakit, virus, sakit perut dan jangkitan serta mengurangkan risiko mereka untuk mendapat alergi dan lelah (asthma).

3. Susu ibu mengandungi oxytocin (‘love hormone’) yang membantu membina hubungan erat antara ibu dan bayi.

4. Ia mengandungi lebih 400 vitamin, mineral, lemak dan protein yang tidak boleh ditemui dalam mana-mana susu formula di pasaran.

5. Bayi yang minum susu ibu mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi berbanding bayi yang minum susu formula (lebih lama bayi menyusu badan lebih tinggi tahap IQ nya).

6. Susu ibu dihasilkan bersesuaian dengan keperluan nutrisi dan imunisasi badan bayi anda.

7. Susu ibu melindungi bayi dari SIDS (Sudden Infant Death Syndrome atau bayi mati mengejut).

8. Ia membakar lebih dari 500 kalori sehari. Jadi, menyusu badan adalah cara paling cepat untuk anda menurunkan berat badan selepas bersalin.

9. Susu ibu mengandungi protein dan lemak istimewa yang menggalakkan perkembangan otak bayi yang tidak boleh ditemui di dalam mana-mana susu formula di pasaran.

10. Susu ibu adalah 100% percuma dan menjimatkan kos perbelanjaan anda.

Sememangnya susu ibu dicipta khas untuk bayi.Tidak ada satu pun susu ciptaan manusia didunia yang dapat menandingi khasiat dan kebaikan yang ada dalam susu ibu. Besyukurlah dan manfaatkanlah nikmat yang diberi sebaiknya jika mampu. Anugerah yang tak ternilai harganya.

View the original article here